Sunday 11 February 2018

Galeri Seni Piring Hitam - Satu Pengalaman Dimensi Masa




Pi mai pi mai tak boleh nak pi,
Pi lah jugak ke Tasik Cini,
Mana nak carik LP,
Kalau tidak di Galeri Seni.

Setelah beberapa tahun berkenalan dengan Abam Mushtari Mohamad di alam maya melalui Facebook dan Whatsapp, akhirnya sampai juga niat di hati untuk melawat antara pusat khazanah yang penting di Perlis. Dengan hanya ada beberapa jam di sana disebabkan sibuk dengan urusan kekeluargaan di sana, Mushtari Mohamad sudi memberi waktu khusus untuk saya melawat galeri beliau. Tepat jam 1030 malam, 31 Januari 2018, saya tiba di galeri selepas sesi makan malam bersama saudara mara. Salam diberi dan Mush menyambut ketibaan saya dengan senyuman manih tak ingat donya. Hehehe.


Galeri ini diuruskan sepenuhnya oleh beliau. Dengan pengalaman mencari LP di pasaran tempatan dan luar negeri, beliau telah menyusun koleksi piring hitam beliau berdasarkan katalog Discog. Memang teruja dan boleh naik juling tengok koleksi yang disusun rapi.

Sebagai peminat tegar M Daud Kilau, saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan LP yang saya tidak miliki. Sayang sekali, walaupun saya telah sengih dengan penuh handsomenya, Mush tidak mahu kasi pinjam sama saya ini LP hehehe.




Selain LP, Mush juga mengumpul kaset2 lama dan juga CD. Saya tahu ada CD yang pernah saya berikan kepada beliau berada di galeri ini terutama CD2 khas dari KL International AV Show yang telah berlangsung selama beberapa tahun sudah.



Tidak melepaskan peluang untuk menandatangani buku pelawat. Dengan ingatan tulus ikhlas, majulah LP untuk negara.




Ruang tamu untuk mendengar LP berada di bahagian depan galeri ini.


Set up yang unik secara tersendiri. Ada beberapa pemain piring hitam di sini. Ada yang menunggu untuk diperbaiki dan ada yang menjadi perhiasan antik. Tapi speakers Tannoy di sini memang adalah satu model yang vintage tetapi masih bertenaga untuk mengalunkan lagu2 kegemaran saya.






Sedikit demo....








Galeri ini juga ada mempamerkan koleksi filem di atas cetakan DVD, Bluray dan juga format yang telah pupus yakni Laser Disc. Selain khazanah music, Mushtari juga ada mepamerkan koleksi unik barang mainan seperti set keretapi stim dan juga Hot Wheels.




Setelah beberapa jam melawat dan mendengar pelbagai LP, abam Mushtari kita menhajak saya minum2 di gerai di hadapan galeri ini. Terima kasih abam Mushtari. Tanpa individu seperti beliau, mungkin satu hari nanti tidak akan ada lagi galeri seperti ini. Satu pengalaman yang unik yang membawa saya ke dimensi masa yang lampau.

Saksikan video pendek ini.



No comments: